Categories: Berita

Yamaha XMAX 250 2023 dilancarkan di Indonesia dengan skrin TFT

YAMAHA XMAX 250 2023 UNTUK PASARAN INDONESIA DIDATANGKAN DENGAN SKRIN PAPARAN TFT 4.2 INCI DENGAN FUNGSI NAVIGASI GARMIN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Seminggu selepas pelancaran global Yamaha XMAX Tech Max di pasaran Eropah, PT Yamaha Indonesia turut melancarkan skuter maxi untuk pasaran Indonesia pada hari pembukaan Indonesia Motor Show (IMOS) 2022, pada Rabu.

Dipamerkan dengan spesifikasi yang sama seperti model Eropah – kecuali kapasiti enjin yang kekal pada 250cc di Indonesia – Yamaha XMAX 250 2023 (dikenali sebagai XMAX 250 Connected di Indonesia) turut dinaik taraf dengan skrin paparan TFT 4.2 inci yang menawarkan fungsi navigasi Garmin dan boleh disambungkan ke peranti pintar.

YAMAHA XMAX 250 2023 JUGA DISERTAKAN DENGAN PANEL DEPAN BARU YANG DISERTAKAN OLEH SUSUNAN LAMPU DAN HIDUNG DEPAN BERBENTUK ‘X’. BENTUK ‘X’ JUGA DITUNJUKKAN APABILA LAMPU BELAKANG DIHIDUPKAN.

Yamaha juga mengemas kini panel sisi untuk melindungi penunggang dengan lebih baik di atas jalan manakala deflector angin kini boleh dilaraskan. Yamaha XMAX baharu juga dilengkapi dengan lampu LED penuh termasuk isyarat belok.

Antara ciri lain yang ditawarkan termasuk sistem Smart Key (pencucuhan tanpa kunci) dan sistem Answer Back yang membantu memudahkan pencarian motosikal.

Related Post

Bagaimanapun, sumber mendakwa hanya satu varian tersedia di Indonesia dan ia tidak termasuk varian XMAX Tech Max seperti yang terdapat di Eropah.

VARIANT TECH MAX DIDATANGKAN CIRI-CIRI TAMBAHAN SEPERTI ‘HEATED GRIP’, ‘HEATED SEAT’ DAN ALUMINIUM FOOTREST PANEL.

Sementara itu, Yamaha XMAX 250 2023 masih dikuasakan oleh enjin Teras Biru 250cc yang menawarkan 22.5hp dan 24.3Nm.

Yamaha XMAX 250 2023 hadir dengan empat pilihan warna di Indonesia; Dark Petrol, Luxury Red, Premium Black dan Prestige Grey dan dijual pada harga IDR66 juta (RM19.9k).

Untuk rekod, Yamaha XMAX 250 (2022) yang kini dipasarkan di Malaysia dijual pada harga RM22,298. Kami menjangkakan kenaikan harga disebabkan oleh fungsi yang dinaik taraf pada model 2023 ini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah