Categories: Berita

Honda Super Cub 110 Pro 2022 akan dilancar di Jepun

HONDA SUPER CUB DIREKA KHAS UNTUK PENUNGGANG HANTARAN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Honda Motorcycle Japan telah mengumumkan mereka akan memperkenalkan Honda Super Cub 110 Pro untuk pasaran negara mulai Mei ini.

Super Cub 110 Pro ialah varian yang diperkenalkan khusus untuk mereka yang menggunakan motosikal untuk penghantaran.

Hasilnya, Super Cub 110 Pro didatangkan dengan bakul di bahagian depan sebagai standard serta ruang bagasi yang lebih besar dan lasak berbanding Super Cub 110 sedia ada.

Dengan bakul itu, kedudukan lampu depan diubah berbanding versi standard.

Honda turut menaik taraf suspensi untuk membolehkan Super Cub 110 Pro membawa muatan yang lebih berat.

Related Post

Selain itu, Honda turut mengemas kini enjin dengan ‘stroke’ yang lebih panjang supaya tork lebih awal. Paip ekzos juga dinaik taraf untuk memenuhi peraturan pelepasan di Jepun.

Walaupun hanya moped 110cc, Honda turut menaik taraf ciri-ciri keselamatan dengan brek cakera depan dan sistem ABS.

Selain itu, model ini turut didatangkan dengan tayar ‘tubeless’ yang dipadankan dengan rim aloi dengan saiz 14 inci.

Antara kemas kini lain yang dilaksanakan ialah penunjuk gear pada skrin LCD, meter jam dan minyak.

Ia akan mula dijual di Jepun mulai Mei tahun ini di mana ia dijual pada harga kira-kira RM11,510.51.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah