Categories: Berita

CFMOTO 450SR akan memasuki Malaysia pada Mac 2023 pada RM29,300

CFMOTO 450SR AKAN MENAIKKAN TARAF DALAM SEGMEN SPORTBIKE ENTRY-LEVEL DAN AKHIRNYA KITA DAPAT MELIHATNYA DI JALAN RAYA TAHUN DEPAN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

CFMOTO Malaysia baru-baru ini melancarkan CFMOTO 450SR untuk pasaran tempatan pada harga RM29,300. Bagaimanapun, motosikal sukan itu hanya akan memasuki pasaran tempatan sekitar Mac tahun depan.

Motosikal itu membuat penampilan umum semasa minggu MotoGP Malaysia hujung minggu lalu di Putrajaya.

Untuk rekod, motosikal itu dibangunkan berasaskan model prototaip SR-C21.

CFMoto 450SR ialah motosikal sukan yang dilengkapi dengan enjin kembar selari 449cc dengan ‘270 darjah engkol’ yang mampu menghasilkan 50hp dan 39Nm.

Angka kuasa meletakkan 450SR antara pesaing utama Kawasaki Ninja 400 (49hp) dan KTM RC390 (44hp).

Related Post

Selain daripada enjin berkuasa, 450SR turut hadir dengan rekaan sporty dan agresif termasuk ciri ‘winglet’ yang terdapat pada model prototaip SR-C21 sebelum ini.

CFMOTO turut mendakwa 450SR ini mampu mencapai kelajuan maksimum 200km/j.

Ia turut didatangkan dengan skrin TFT, lampu LED penuh, ABS Bosch serta klac selipar FSS. Ia mempunyai soket pengecas dan mempunyai brek Brembo di depan.

Menurut CFMOTO Malaysia, 450SR ini akan didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Hitam/Merah dan Hitam/Perak.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah