Categories: Berita

Modenas Dominar D400 UG ‘Touring’ bakal tiba di Malaysia?

DOMINAR D400 UG TOURING ADALAH PENGELUARAN TERKINI BAJAJ DENGAN CIRI-CIRI TERKINI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Tahun lepas, jenama motosikal besar India Bajaj Auto memperkenalkan Dominar UG 400 yang dikemas kini dengan ciri-ciri ‘touring’.

Motosikal yang dilabel sebagai jentera ‘sport tourer’ itu telah dinaik taraf dengan beberapa ciri baharu termasuk cermin depan tinggi, pelindung tangan, slot pengecas UBS, pelindung enjin (bash plate) dan ‘carrier’ serta ‘back stopper’.

Related Post

Dalam perkembangan terkini, beberapa sumber melaporkan Dominar versi ‘touring’ baharu akan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi oleh pengedar tempatan Modenas. Syarikat itu juga bertanggungjawab menjenamakan semula motosikal Bajaj untuk pasaran negara.

Namun, model baharu itu akan terus menawarkan spesifikasi sama seperti Dominar D400 UG termasuk enjin satu silinder DOHC 373.3cc dengan penyejukan cecair yang menawarkan 40hp @8,650rpm dan 35Nm @7,000rpm.

Dengan permintaan semasa bagi motosikal jenis ‘touring’, ternyata kemasukan Dominar versi baharu ini akan menggembirakan ramai penggemar ‘touring’ yang inginkan motosikal sebegitu pada harga mampu milik.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah