Categories: Berita

Skuter Vespa 946 X Dior kini tersedia pada RM1XX,000

SKUTER KOLABORASI MEWAH VESPA 946 X DIOR KINI DIJUAL DI MALAYSIA UNTUK RM1XX,000!

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pengeluar skuter Itali, Vespa telah pun memperkenalkan model istimewa dengan kerjasama jenama fesyen terkemuka, Christian Dior pada Jun 2020. Dilancarkan sebagai model edisi terhad, imbasan model itu ternyata sukar ditemui.

Namun, bagi mereka yang berminat untuk menambah jentera baharu kepada koleksi motosikal yang sangat ‘rare’ mereka, Vespa Kuala Lumpur kini mempunyai unit Vespa 946 X Dior ini untuk dijual.

Vespa 946 X Dior ditawarkan pada harga RM1XX, 000!

Related Post

Menurut perkongsian di Facebook Vespa Kuala Lumpur, model edisi terhad itu sudah tersedia dan mereka yang berminat boleh menghubungi nombor yang ada.

Direka oleh Maria Grazia Chiuri, kapsul ini juga menampilkan kod House yang ikonik. Ini boleh dilihat daripada corak toile de Joy hinggalah kepada corak Dior Oblique yang terkenal dalam pakaian siap pakai, barangan kulit, kasut dan aksesori wanita. Beg Lady D-Lite, Dior Caro dan Dior Book Tote, kasut D-Connect, espadrille Dior Granville dan Dway serta ponco DiorClub, selendang, barang kemas dan visor disertakan dengan baju pelayar baharu.

Sejak itu, Vespa 946 telah bertahan sebagai model edisi terhad hasil kerjasama dengan beberapa nama besar.

Vespa 946 X Dior ini menampilkan warna ‘beige’ dan emas selain logo Dior yang dipamerkan di bawah tempat duduk.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah