Categories: Berita

Paten baru mengesahkan Benelli membangun enjin V-twin 1301cc

PATEN MENUNJUK V-TWIN 1,301CC KELIHATAN SERUPA DENGAN ENJIN PADA SUPER DUKE R KTM.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Januari lalu, Benelli telah pun memfailkan paten untuk enjin terbaru merujuk kepada platform kembar selari 799cc yang akan menguasakan model TNT seterusnya. Bentuk enjin juga kelihatan sama seperti enjin KTM LC8.

Dalam perkembangan terkini, syarikat motosikal China Qianjiang-yang juga pemilik Benelli-telah memfailkan paten enjin kedua tahun ini merujuk kepada platform V-Twin 1,301cc.

Reka bentuk enjin turut kelihatan sama seperti enjin KTM 1301cc yang terdapat pada Super Duke R.

Mengikut paten, enjin tersebut membawa nama kod ‘QJ2V108MYL’ yang pada masa sama memberi penjelasan mengenai spesifikasi yang ditawarkan.

Related Post

Dua huruf pertama ‘QJ’ merujuk kepada Qianjiang manakala dua huruf seterusnya, 2V bermaksud V-Twin. Seterusnya, nombor 108 mendedahkan ‘bore’ 108mm – sama seperti enjin KTM 1290.

Persamaan ketara antara enjin terbaharu yang dibangunkan Qianjiang dan KTM tidak bermakna syarikat China itu meniru sepenuhnya enjin KTM, sebaliknya ia menunjukkan kerjasama baharu telah pun dimeterai antara kedua-dua syarikat itu yang akan diumumkan kemudian.

Qianjiang sebelum ini telah bekerjasama dengan beberapa pengeluar motosikal asing termasuk MV Agusta dan Harley-Davidson. KTM juga pernah bekerjasama dengan pengeluar motosikal China, CFMoto sebelum ini.

Apa yang pasti, medan enjin terkini pastinya diterapkan kepada model Benelli yang akan dipasarkan di Eropah dan Asia. Benelli kini menikmati kejayaan di beberapa pasaran Eropah, terutamanya di Itali dengan TRK 502 muncul sebagai model paling popular selama ini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah