Categories: Berita

CFMoto 450SR akan dilancar semasa GP Malaysia pada Oktober

CFMOTO AKAN MEMPERKENALKAN 450SR SERBA BARU DI LITAR ANTARABANGSA SEPANG SEMASA GP MALAYSIA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pada hujung bulan Mac, pengeluar motosikal China CFMoto telah memperkenalkan jentera terbarunya, 450SR, ke pasaran global. Motosikal yang dibangunkan daripada model prototaip SR-C21 itu merupakan jentera segmen motosikal sukan’ serba baharu yang diperkenalkan oleh CFMoto.

Berita terkini ialah model 450SR serba baharu itu juga akan membuat penampilan sulungnya di pasaran Malaysia.

Menurut maklumat yang diberikan kepada kami, pengedar tempatan, CFMOTO Malaysia akan melancar CFMoto 450SR di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Oktober ini semasa Grand Prix Malaysia.

Related Post

GP Malaysia merupakan platform paling sesuai untuk pelancaran model tersebut. Lebih-lebih lagi CFMoto mempunyai pasukan dalam kelas Moto3. Ini secara tidak langsung menyaksikan 450SR sertai 250SR yang telah dilancarkan sebelum ini.

CFMoto 450SR ialah motosikal sukan yang menampilkan enjin berkembar selari 270 darjah 449cc yang mampu menghasilkan 50hp dan 39Nm. Angka kuasa itu meletakkan CFMoto 450SR antara pesaing utama Kawasaki Ninja 400 (49hp) dan KTM RC390 (44hp).

Selain enjin berkuasa, CFMoto 450SR turut hadir dengan rekaan sporty dan agresif dengan menawarkan ciri ‘winglet’ yang terdapat pada model prototaip SR-C21 sebelum ini.

CFMOTO turut mendakwa 450SR mampu mencatat kelajuan maksimum 190km/j.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah