Categories: Berita

India sedia untuk lancar skuter maxi elektrik pertama, Trouve H2

SKUTER MAXI ELEKTRIK TROUVE H2 DALAM SEGMEN PREMIUM DIDAKWA MAMPU MENCAPAI KELAJUAN DARI 0 – 60 KM/H DALAM 4.3 SAAT!

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pengeluar motosikal elektrik, Trouve, telah pun mendedahkan ‘teaser’ pertama merujuk kepada model H2, skuter maxi elektrik pertama yang akan dilancar di India.

Dilabel sebagai skuter hyper maxi, Trouve H2 menawarkan motor dengan sejukkan cecair, transmisi satu kelajuan, fork depan USD dan penyerap hentak tunggal di belakang.

Menurut Trouve, H2 juga menyokong sambungan 4G.

Manakala, aspek yang paling menarik ialah kuasa yang ditawarkan oleh motosikal tersebut. Trouve mendakwa H2 ini mampu mencapai kelajuan 0 – 60km/j dalam masa kurang 4.3 saat hasil daripada penggunaan motor berkuasa.

Related Post
Trouve H2

Bukan itu sahaja, malah Trouve H2 ini juga mampu mencapai jarak gerak  antara 130 hingga 230km, bergantung kepada kelajuan motosikal.

Menurut laporan di India, Trouve H2 kini sedang dibangunkan di pusat penyelidikan dan pembangunan di Bangalore, India.

Dijadualkan untuk pelancaran pada 2023, H2 juga akan menampilkan lampu depan LED penuh, angkup 2 omboh dan rim 14 inci.

Tempahan untuk Trouve H2 akan mula dibuka pada Ogos 2022 dengan pelancaran rasmi dijadualkan berlangsung pada separuh pertama 2023.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah