Categories: Sukan Motor

Rali Dues Swank Australia adalah satu acara yang sangat berjaya

JIKA ANDA TIDAK PERNAH DENGAR TENTANG RALI DEUS SWANK, MAKA INI ADALAH MASANYA UNTUK LIHAT SUASANA DAN PERHATIAN YANG IA TELAH DAPAT HUJUNG MINGGU LEPAS!

sumber gambar: Pipeburn

Jika anda terlepas aksi minggu lepas, jangan risau kerana IMotorbike membawa anda berita terkini. Minggu lalu, Australia telah menganjurkan Rali Deus Swank. Rali ini pada dasarnya adalah percubaan masa enduro yang sedikit berbeza. Menurut sumber dari Pipeburn, hasil rali ini lebih baik dari biasa dengan pelbagai pakaian, motosikal dan sikap positif dari semua orang.

Litar Rali Deus Swank dipenuhi dengan motosikal yang terdiri daripada motosikal vinduro dua lejang ke empat lejang moden. Acara itu juga menyaksikan ‘Goof Bike’ Paul McNeil. Dare Jennings memulakan pagi dengan beberapa kata galakkan.

Para pelumba dapat mengisi perut mereka dengan burger Deus selepas sesi warm-up. Ramai yang merancang strategi untuk beberapa sesi seterusnya manakala terdapat juga mereka yang menikmati suasana serta makanan. Hujung minggu di Rali Deus Swank memang tidak akan dilupakan.

sumber gambar: Pipeburn

Related Post

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah