Categories: Berita

Penunggang motosikal Malaysia menjadi inspirasi untuk G-SHOCK X Against Lab

KERJASAMA TERBARU G-SHOCK DENGAN AGAINST LAB BERPUNCA DARIPADA DAYA TAHAN PENUNGGANG MOTOSIKAL MALAYSIA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Jenama jam tangan terkemuka, G-SHOCK telah mengumumkan secara rasmi pelancaran jam tangan G-SHOCK DW-6900AL22 dengan kerjasama jenama pakaian streetwear Malaysia, Against Lab.

Jam tangan eksklusif ini hanya akan dipasarkan di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Model ini diilhamkan daripada ketahanan mental rakyat Malaysia yang bangun setiap hari untuk menghadapi cabaran hidup khususnya penunggang motosikal.

Related Post

Itulah inspirasi yang melahirkan ‘The Grind’ yang melambangkan ketabahan, kekuatan dan daya tahan penunggang motosikal di Malaysia.

Motosikal merupakan pengangkutan utama di Malaysia kerana harganya mampu milik, mudah dijaga, pantas dan tahan lama. DNA itu juga dibawa ke model G-SHOCK X Against Lab DW-6900AL22.

Menurut Against Lab, muka jam berwarna krom juga mencerminkan paip ekzos pada motosikal manakala garisan oren diinspirasikan oleh lampu isyarat.

Jam tangan G-SHOCK X Against Lab boleh didapati pada harga RM550 dan akan mula dijual pada 28 Mei di Kedai Rasmi Casio Lazada dan pada 3 Jun di cawangan G-SHOCK terpilih.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah