Categories: Berita

London tuan rumah kejohanan skuter elektrik pertama di dunia

PARA PESERTA AKAN BERTANDING ATAS SKUTER ELEKTRIK S1X YANG MENAMPILKAN BATERI 1.33KWJ.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Kejohanan skuter elektrik pertama di dunia telah pun disahkan akan berlangsung di London Timur Mei ini.

London Docklands akan menjadi tempat pertemuan sulung antara penunggang e-skuter dunia yang akan berlumba pada kelajuan lebih 100km/j dengan jentera masing-masing.

Sementara itu, penganjur yang turut dibarisi bersama juara Formula E dan Le Mans, Lucas Di Grassi dan Alex Wurz, menjanjikan perlumbaan yang sengit.

“Kami mencipta sukan baharu dan ia seperti mengolah semula sukan perlumbaan.

Related Post

“Perlumbaan akan menjadi sengit dan akan menyaksikan wanita dan lelaki bersaing antara satu sama lain,” kata pengasas bersama Hrag Sarkissian.

Ia difahamkan, pelumba perlu terlebih dahulu layak melalui pusingan saringan dengan setiap pusingan melibatkan enam pelumba.

Pemenang kemudiannya akan meneruskan ke 12 pusingan lagi sebelum memutuskan siapa yang layak ke pusingan akhir.

Antara nama-nama besar yang akan mengambil bahagian dalam perlumbaan sulung itu ialah peluncur kelajuan Olimpik Elise Christie, juara dunia BMX Tre White dan pemenang pingat Goose Billy Morgan.

Semua peserta akan bersaing menggunakan skuter elektrik S1x yang dibangunkan dengan kerjasama Williams Advanced Engineering. Skuter elektrik ini dikuasakan oleh dua motor 6kW dengan bantuan bateri 1.33kWH.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah