Categories: Berita

EMOS mengembang rangkaian pusat servis Kawasaki

TUJUH PENGEDAR BAHARU TELAH DITAMBAH KE RANGKAIAN PENGEDAR EMOS KAWASAKI MALAYSIA, DENGAN SEJUMLAH 20 PENGEDAR DI SELURUH NEGARA UNTUK 2022.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), pengedar baharu jenama Kawasaki di Malaysia, telah mengembangkan rangkaian pusat servisnya di beberapa kawasan di Malaysia.

Menurut EMOS dalam satu kenyataan, penambahan itu melibatkan negeri Sabah, dan Wilayah Tengah dan Utara negara, menjadikan bilangan pusat servis Kawasaki kepada 20.

Related Post

BERIKUT IALAH SENARAI PUSAT PERKHIDMATAN MENGIKUT KAWASAN:

UTARA

  • Bikers Gallery – Alor Setar, Kedah
  • EL Chong Motor – Sungai Bakap, Penang
  • Sheng Fatt – Georgetown, Penang
  • Hot Bike – Georgetown, Penang

PANTAI TIMUR

  • KK Superbike – Temerloh, Pahang

WILAYAH TENGAH

  • Eang Chun Motor – Setapak, Kuala Lumpur
  • Apex Motorsports – Batu Caves, Selangor
  • Serdang Motorcycle – Seri Kembangan, Selangor
  • Seri Gading – Section 7, Shah Alam, Selangor
  • Chear Motor – Section 15, Petaling Jaya, Selangor
  • Soon Heng Bikers – Cheras, Kajang, Selangor
  • Motorsim – Batu Caves, Selangor
  • Puncak Alam – Petaling Jaya, Selangor
  • KMSB Solutions – Glenmarie, Shah Alam

SELATAN

  • Zong Heng – Bukit Baru, Melaka
  • BZ Top Automobile – Durian Daun, Melaka
  • Qbee Superbike Center – Tiong Nam Industrial Estate, Johor
  • Tong Ban Seng Motor – Kulai, Johor

SABAH & SARAWAK

  • Ghee Hua – Kuching, Sarawak
  • Inti Deras Motors – Kota Kinabalu, Sabah

Bekas pengedar Kawasaki (kini bertukar kepada Suzuki) KMSB Solutions Sdn Bhd turut diumumkan sebagai salah satu pusat servis di wilayah tengah.

“Kami berbesar hati mempunyai KMSB Solutions sebagai salah satu wakil pusat servis sah bagi wilayah Tengah, pastinya bekas pengedar motosikal KAWASAKI ini lebih arif dan berpengalaman dalam mengendalikan model jenama ini.

“Dengan ini, kami dapat memastikan kesinambungan yang berterusan dalam memenuhi keperluan dan jenama KAWASAKI di seluruh negara,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah