Categories: BeritaKonsep & Kustom

Lihatlah BMW R80 kustom ini oleh Jason Ralls dan Rogue Motorcycles

IMOTORBIKE MEMBAWA ANDA ESTETIK HITAM DENGAN SENTUHAN TEMBAGA – BMW R80 1979 KUSTOM OLEH JASON RALLS DAN ROGUE MOTORCYCLES.

Sumber gambar: Pipeburn

Motosikal kustom merupakan satu karya seni yang sangat indah. Luaran motosikal menunjuk gaya agresif manakala bahagian dalam memberi prestasi berkualiti. Ini adalah Kupfernickel – BMW R80 1979 kustom, hasil buatan tangan Jason Ralls dan Rogue Motorcycles.

Jason dikenali dengan kerja cemerlangnya dalam pembinaan bot dan kereta muscle Australia. Oleh itu, motosikal kustom merupakan satu projek baru dan menyeronok bagi dia. “Saya tidak tahu jika ia akan menjadi hebat atau macam Frankenstein,” kata Jason seperti dipetik dari Pipeburn.

Sumber gambar: Pipeburn

LATAR BELAKANG BMW R80 1979

Sumber gambar: Pipeburn

“Saya membina kereta dulu, lepas itu bot pula dan kemudian saya ingat saya belum lagi membina sebuah motosikal,” Jason menambah. “Kawan saya mempunyai satu BMW R80 yang dibina bagi ayahnya dan ia diubahsuai untuk hari jadi ke-60 dia, dan saya rasa ia amat hebat – beberapa minggu kemudian dia menunjuk saya satu motosikal seperti itu untuk dijual, jadi saya terus membelinya.”

Jason terpaksa berlumba dengan masa untuk memastikan motosikal ini lengkap sebelum acara kustom motosikal RIDE ON 2018 di Perth. Jason memperoleh beberapa inspirasi daripada beberapa laman web untuk membangun satu papan cerita. Dia juga mendapat bantuan daripada pereka terkenal Australia barat Billy Kuyken dari Rogue Motorcycles.

Sumber gambar: Pipeburn

“Ia mungkin sekitar lima hingga enam bulan dalam proses konsep dan reka bentuk – melalui beberapa ribu BMW dan cafe racer dan melihat apa yang saya suka dan tidak suka,” kata Jason.

Related Post

“Saya mempunyai sebanyak 60 hingga 70 muka surat mengenai bahagian-bahagian yang saya akan keluarkan dan menukar untuk mengkonsepsikan reka bentuk. Saya dapat sehingga dua atau tiga setiap bahagian pada motosikal, dan itulah masa saya pergi ke Billy dan memberitahunya apa yang saya ingin buat.”

MEREKA BMW R80 1979 KUSTOM

Sumber gambar: Pipeburn

Billy memasang subframe baru dan mengeluarkan lugs dan welds dari motosikal ini. Ia kemudian direndamkan dalam tembaga untuk memberikan warna yang mengagumkan. Proses ini dibuat di Custom Modifications.

“Saya mahu ia menjadi sesuatu yang berbeza,” dia menambah. “Saya tidak mahu satu lagi rangka hitam dan rekaan yang pernah dilihat, kini terdapat perbezaan pada rangka – sama ada ia adalah kerja cat atau fabrication. Cat sahaja tidak cukup, jadi saya memutuskan untuk mendapatkan ia rendam dalam tembaga – selepas itu ia perlu digilapkan ataupun biarkan ia mengoxsida. Kami memutuskan untuk memastikan ia digilap.”

Sumber gambar: Pipeburn

Rogue Motorcycles mengurus teras motosikal, dari pemasangannya hingga penamat. Kedai yang berpangkalan di Perth membuat pan kerusi baru yang kemudiannya dihias oleh BeyondTrim. Mereka juga memasang fender pada bahagian depan dan belakang dengan bracket kustom.

“Saya sangat bangga dengan hasil terakhir,” tambah Jason. “Apabila saya mempunyai semua idea ini dalam kepala saya, saya tidak tahu sama ada ia akan menjadi sesuatu hebat atau frankenstein. Saya sangat gembira bahawa akhirnya, ia secara am adalah hebat dan hanya beberapa orang yang menganggap ia frankenstein. Saya cukup bangga dengan apa yang saya dapat mengkonsepsikan dan mencipta.”

Sumber gambar: Pipeburn

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan