Categories: Berita

Warna baharu dilancarkan untuk Yamaha YZF-R25 – RM22,998

YAMAHA YZF-R25 KINI TERDAPAT DALAM DUA PILIHAN WARNA BARU IAITU MIDNIGHT STAR DAN RACING BLUE.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengemas kini Yamaha YZF-R25 dengan pilihan warna baharu untuk 2023.

Tahun 2023 menyaksikan ‘sportsbike’ 250cc datang dalam warna Midnight Star dan Racing Blue.

Seperti biasa, setiap pembelian Yamaha R25 2023 dengan harga jualan rasmi RM22,998 akan turut disertakan dengan ‘kunci cakera keselamatan’ Yamaha bernilai RM100.

Related Post

Walaupun begitu, tiada perubahan pada ruang enjin dan spesifikasi lain. Motosikal itu kekal dengan platform kembar selari 249cc dengan DOHC. Ia mampu menghasilkan 35hp pada 12,000rpm dan 22.6Nm pada 10,000rpm.

Ciri keselamatan lain seperti ABS juga dikekalkan untuk 2023 termasuk isyarat membelok LED.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah