Categories: Berita

Benelli TNT25N 2023 dilancar di Malaysia pada harga RM12,998

BENELLI MALAYSIA MELANCARKAN TNT25N SERBA BARU DENGAN ENJIN SATU SILINDER 249CC DAN TIGA PILIHAN WARNA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Benelli Malaysia secara rasmi memperkenalkan Benelli TNT25N untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM12,998 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Berkonsepkan motosikal ‘naked’, TNT25N ini menampilkan enjin satu silinder DOHC 249cc dengan penyejukan cecair. Motosikal itu mampu menjana 25.5hp pada 9,250rpm dan 21.2Nm pada 8,000rpm. Kuasa dihantar ke tayar belakang melalui transmisi 6-kelajuan.

Model ini dilengkapi dengan lampu depan LED penuh, panel meter digital, dan brek cakera tunggal dengan 260mm hadapan dan 240mm belakang.

Related Post

Pakej suspensi terdiri daripada fork jenis ‘terbalik’ di hadapan dan penyerap hentak tunggal di belakang sambil mempersembahkan tunggangan yang stabil dan tepat.

Motosikal itu mempunyai berat kering 155kg dan ketinggian tempat duduk 780mm. Benelli TNT25Nm sesuai untuk penunggang baharu serta berpengalaman. Selain itu, model ini juga praktikal untuk kegunaan harian kerana didatangkan dengan tangki 13.5L.

Menurut Benelli Malaysia, TNT25N didatangkan dalam tiga pilihan warna termasuk Power Black, Strength Red dan Golden Yellow.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah