Categories: Berita

Vespa Batik 2022 dilancar secara eksklusif bagi pasaran Indonesia

VESPA ITALI YANG POPULAR MEMASUKI INDONESIA DENGAN UNSUR-UNSUR KEBUDAYAAN KLASIK YANG MENCERMINKAN NUSANTARA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Piaggio Indonesia telah memperkenalkan varian Vespa Batik LX 125 i-get Special Edition 2022 terbaru dan paling menarik. Model istimewa ini selaras dengan pembukaan kilang Piaggio di Jawa Barat baru-baru ini.

Grafik pada model Vespa edisi khas adalah berdasarkan corak batik tradisional Tambal Jagad. Falsafah batik ini mempunyai kolaj motif batik yang mendapat inspirasi daripada pelbagai latar belakang dan budaya yang berbeza di Indonesia.

Corak Vespa Batik LX 125 i-get Edisi Khas (2022) menggambarkan gabungan tujuh rekaan unik. Menurut Piaggio Indonesia, reka bentuk ini mewakili bandar-bandar dari Barat ke Timur Nusantara.

Related Post

Corak batik kelihatan pada panel hadapan, tepi tapak kaki, kotak simpanan belakang, panel belakang dan topi keledar.

Vespa ini menampilkan enjin i-Get 4-lejang 3-injap satu silinder 124.5cc i-Get penyejuk udara dengan suntikan bahan api (FI). Ia mampu menjana 10.2hp @ 7,600rpm dan tork 10.2Nm @ 6,000rpm. Enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik CVT.

Ia didatangkan dengan sistem brek cakera tunggal 200mm di depan dan cakera 110mm di belakang. Roda menggunakan rim 11 inci dengan tayar 110/70 di hadapan, dan 120/70 di belakang. Kapasiti tangki bahan api adalah 7 liter, dan ketinggian pelana ialah 785mm.

Vespa Batik LX 125 i-get Edisi Khas 2022 didatangkan dengan harga atas jalan Rp77 juta (RM21,970) seunit.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah