Categories: BeritaSukan Motor

Laman web Team Suzuki Racing akan ditutup selepas 23 tahun

SUZUKI TELAH MENGUMUMKAN BAHAWA IA AKAN MENUTUP LAMAN WEB TEAM SUZUKI RACING, BERSAMA LAMAN RANGKAIAN SOSIAL BERKAITAN, PADA AKHIR DISEMBER 2022.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Selaras dengan projek permotoran Suzuki yang dihentikan, termasuk program MotoGP dan EWC, Suzuki juga baru-baru ini mengumumkan penutupan laman web Suzuki Racing.

Penutupan laman web itu secara langsung melengkapkan penarikan diri Suzuki daripada mana-mana sukan permotoran yang telah sinonim dengan pengeluar Jepun itu.

Laman web Suzuki Racing telah beroperasi sejak 1999 tetapi akan ditutup pada penghujung Disember 2022.

Related Post

Suzuki mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan MotoGP pada penghujung 2022 sekitar Mei. Suzuki juga mengesahkan penarikan diri daripada program EWC. Pengilang memenangi kejuaraan dua tahun berturut-turut (2020 dan 2021).

Laman web Suzuki Racing merangkumi bukan sahaja MotoGP tetapi EWC, BSB dan AMA motocross serta MotoAmerica.

Penutupan laman web itu juga mengesahkan pendirian Suzuki untuk tidak kembali ke mana-mana acara sukan permotoran selepas ini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah