Categories: Berita

Kawasaki Ninja ZX-10RR dapat Sistem ‘Variable Air Intake’ untuk 2024

KAWASAKI TELAH MENAMPILKAN NINJA ZX-10RR TERBARU DENGAN PENINGKATAN UTAMA DAN PENAMBAHBAIKAN PRESTASI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Kawasaki mencuri tumpuan baru-baru ini dengan pelancaran Ninja ZX-6R generasi terbaru yang kini didatangkan dengan enjin Euro 5.

Kemas kini itu menyaksikan ZX-6R terus tersedia di pasaran global dengan pesaingnya Yamaha R6 dan Honda CBR600RR. Yamaha telah menghentikan penjualan R6 kerana faktor pelepasan yang ketat. Sebaliknya, CBR600RR hanya tersedia di pasaran lain yang tidak mempunyai sekatan ke atas pelepasan.

Selain ZX-6R, Kawasaki turut memperkenalkan Ninja ZX-10RR baharu. Model ini telah dikemas kini dengan sistem ‘Variable Air Intake’ (VAI).

Dengan VAI, kotak udara dalam ZX-10RR kini menempatkan corong udara boleh alih. Ini membolehkan peningkatan prestasi mesin mengikut RPM tertentu. Apabila corong berada di kedudukan atas, udara yang masuk akan memintas sistem VAI dan terus masuk ke dalam petak enjin. Ini membantu dalam menghasilkan prestasi motosikal yang optimum.

Related Post

Untuk mengaktifkan sistem VAI, mesin ini menampilkan ECU perlumbaan. Jadi apabila dalam konfigurasi jalan, sistem VAI tidak akan diaktifkan dan lubang udara akan kekal dalam kedudukan atas.

Untuk rekod, Kawasaki Ninja ZX-10RR 2024 ini menampilkan enjin empat silinder 998cc. Enjin tersebut mampu menghasilkan 200hp dan 114.9Nm.

Ninja ZX-10RR ini turut didatangkan dengan ‘rod penyambung’ jenis titanium jenama Pankl dan piston yang lebih ringan berbanding model ZX-10R. Menariknya, ZX-10RR ini juga kurang satu ‘piston ring’ berbanding model standard. Pengurangan dalam ini juga mengurangkan geseran dalam enjin.

Kawasaki Malaysia masih belum menawarkan Ninja ZX-10RR untuk pasaran tempatan kecuali ZX-10R.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah