Categories: Berita

9 Motosikal, 4 E-Skuter terlibat dalam kebakaran besar di KLCC

BELUM ADA PENGESAHAN PUNCA KEBAKARAN. SEBANYAK 9 MOTOSIKAL DAN 4 SKUTER ELEKTRIK HANGUS DALAM KEBAKARAN DI KLCC.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pihak berkuasa mengesahkan empat skuter elektrik adalah antara yang hangus dalam kebakaran di Suria KLCC awal semalam. Selain skuter, sebanyak 9 motosikal turut terperangkap dalam kebakaran itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyatakan seramai 15 anggota bomba bersama tiga alat pemadam api hadir di lokasi untuk tujuan pemadaman.

Kejadian ini merupakan kebakaran pertama yang dilaporkan melibatkan kenderaan elektrik di Malaysia.

Related Post

Walaupun kebakaran kenderaan elektrik sukar dipadamkan, skuter di sini melibatkan bateri kecil. Ini menjadikan tugas anggota bomba kurang membebankan.

Masih belum ada pengesahan punca kebakaran. Tidak ada yang mengatakan bahawa skuter elektrik boleh menyebabkannya.

“Sebaik tiba, kami mendapati sembilan motosikal dan empat skuter elektrik terbakar sepenuhnya. Empat yang lain melecur antara tiga dan 20 peratus.”

Punca kejadian masih dalam siasatan. Bagaimanapun, pembekal skuter elektrik, Beam, telah membuat kenyataan rasmi menyatakan bahawa skuter mereka bukan punca kebakaran.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah