Categories: Berita

Honda ADV160 diperkenalkan di Filipina pada harga RM13.2k

DENGAN PELANCARAN HONDA ADV160 DI NEGARA BERJIRAN THAILAND DAN FILIPINA, RAMAI YANG MENJANGKA BAHAWA MALAYSIA ADALAH PASARAN SETERUSNYA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Filipina menjadi pasaran Asia Tenggara ketiga selepas Indonesia dan Thailand yang melancarkan Honda ADV160 2022.

Skuter adventure didatangkan dengan enjin baharu dan boleh didapati dalam tiga warna baharu: Matte Solar Red Metallic, Matte Pearl Crater White dan Matte Gunpowder Black Metallic.

Untuk 2022, ADV160 generasi baharu, yang menggantikan ADV150, dikuasakan oleh enjin SOHC 4-injap 157cc penyejuk cecair yang menawarkan 15.82hp pada 8,500rpm dan 14.7Nm pada 6,500rpm. Kuasa enjin disalurkan melalui transmisi automatik V-Matic.

Related Post

ADV160 dipasarkan di Filipina pada harga PHP164,900 (RM13.2k).

Susulan pelancaran Honda ADV160 di tiga pasaran ASEAN ketika ini, ramai yang menjangkakan pasaran Malaysia akan menjadi hab seterusnya bagi pelancaran skuter itu.

Permintaan untuk ADV150 di Malaysia adalah tinggi dan penambahan model yang dinaik taraf akan menarik minat ramai peminat tempatan.

Walaupun Boon Siew Honda akan memperkenalkan skuter kompak baharu untuk pasaran tempatan November ini, kami boleh mengesahkan bahawa model itu bukan ADV160. Bagaimanapun, rakyat Malaysia masih mengharapkan pelancaran skuter adventure ADV160 akan datang tidak lama lagi.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah