Helmi Azman dari Pasukan Racing Boon Siew Honda meraih kemenangan pertama musim ini dalam kategori perlumbaan MSBK600.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Pada sesi kelayakan, Khairul dari Pasukan Racing Boon Siew Honda mencatat masa terpantas dalam tiga pusingan iaitu 2’09:708s, diikuti oleh rakan sepasukannya, Helmi Azman, dengan catatan 2’10:136s dan Soichiro Minamimoto dari Pasukan Racing Yamaha Gen Blu Asean pada 2’11:218s.

Perlumbaan bermula dengan Khairul berada di kelompok depan diikuti rapat oleh rakan sepasukannya, Helmi. Sementara Sharul dan Soichiro bertempur dengan sengit untuk tempat ke-3 dan ke-4.

Related Post

Justeru itu, Soichiro berjaya melepaskan diri daripada Sharul manakala, Helmi memberi tekanan tinggi kepada pendahulu apabila semakin hampir memintasnya.

Memasuki detik-detik akhir perlumbaan, ketiga-tiga pelumba seperti diikat dengan kedudukan mereka. Namun Helmi tetap berusaha untuk memintas Khairul bagaimanapun pengalaman Khairul jelas memainkan peranan apabila kekal menjadi pendahulu perlumbaan.

Pada pertengahan lap terakhir, Helmi berjaya meminatas dari dalam dan menyerang Khairul sebelum memecut ke arah garis tamat dengan catatan 21’58:345s.

Mengulas tentang perlumbaan, Helmi berkata, “Ini perlumbaan berterusan untuk kami. Kelajuan kami agak perlahan berbanding Asia. Kami masih mencari “setting” yang betul. Kami telah buat “setting” cuaca panas namun hari ini tidak begitu panas, sekaligus sukar dapat kelajuan yang betul. Walau bagaimanapun, kami telah lakukan yang terbaik.”

Muiz Aziz