Categories: Berita

Castrol Malaysia dan Continental Tyre Malaysia teroka inisiatif baru

MOU AKAN MENAWARKAN PROGRAM KESETIAAN PERDAGANGAN GABUNGAN DAN PARTI BOLEH MENIKMATI PELBAGAI TAWARAN, INSENTIF, PENEBUSAN DAN GANJARAN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Castrol Malaysia dan Continental Tyre Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meneroka inisiatif bersama di seluruh negara.

BP Castrol Lubricants (Malaysia) Sdn Bhd menjelaskan kerjasama itu bagi mengukuhkan kedudukan kedua-dua pihak di negara ini. Ini akan dilakukan dengan menggunakan rangkaian pengedar dan kepakaran yang akan ditawarkan kepada pengguna.

“Kerjasama ini adalah bukti bahawa kedua-dua jenama komited dari segi keselamatan dan kepuasan pengguna. Bersama-sama kita boleh membina jenama kita di Malaysia.

Related Post

“Melalui gabungan kepakaran sedia ada kami akan terus berinovasi dalam menerajui pasaran global dari segi perkhidmatan dan penyelenggaraan,” kata Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura, Gan Wee Kiong.

Dibawah kerjasama itu, kedua-dua pihak akan memanfaatkan rangkaian pengedar yang luas, tawaran dan kepakaran masing-masing.

Sementara itu, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andera Somorova berkata permintaan kukuh terhadap kedua-dua jenama ini membuka peluang untuk mereka meneroka bersama.

“Ini adalah peluang yang baik untuk bersama-sama menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. Kami percaya perkhidmatan yang ditawarkan sejak sekian lama memastikan kami terus dipercayai sebagai jenama pilihan dalam penyelenggaraan kenderaan.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah