Categories: Berita

Benelli Leoncino 800 dan 800 Trail 2020 didedahkan

DIJUAL DI PASARAN ANTARABANGSA, KEDUA-DUA BENELLI LEONCINO 800 DAN 800 MENERIMA KEMAS KINI UNTUK 2022.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Benelli telah menaik taraf Leoncino 800 dan 800 Trail untuk 2022 dengan kemas kini terbesar yang dilaksanakan dalam bahagian enjin. Untuk 2022, Leoncino 800 dan 800 Trail kini didatangkan dengan enjin yang mematuhi piawaian Euro 5, setanding dengan pelarasan pelepasan di Eropah.

Walaupun Leoncino 800 dan 800 Trail dilengkapi dengan enjin dan kerangka yang sama, kedua-dua menawarkan ciri-ciri yang berbeza. Leoncino 800 menampilkan reka bentuk motosikal naked manakala 800 Trail lebih kepada scrambler.

Kedua-dua model dilengkapi dengan enjin kembar selari 4 injap DOHC 754cc yang sama. Mereka mampu menghasilkan 75hp @8,500rpm dan 67Nm @6,500rpm dengan kuasa enjin disalurkan ke tayar belakang melalui transmisi 6-kelajuan.

Selain enjin Euro 5, Benelli turut menaik taraf kerangka casis dan trellis yang turut membantu meningkatkan tahap ketangkasan dan lebih mampu mengendalikan permukaan ‘off-road’.

Related Post

Bahagian suspensi juga dinaik taraf kepada fork USD 50mm di depan dengan ‘monoshock’ belakang boleh laras (pramuat/lantunan).

Bagaimanapun, sistem brek kekal sama dengan cakera brek 320mm di bahagian depan yang dipadankan dengan kaliper brek 4-pot Brembo. Sementara itu, Leoncino 800 dipadankan dengan tayar depan dan belakang bersaiz 17 inci manakala Leoncino 800 Trail dilengkapi tayar depan 19 inci dan tayar belakang 17 inci.

Ciri-ciri lain termasuk lampu LED, tankgi 15 liter dan skrin paparan TFT dan ekzos jenis dual-barrel.

Pada masa ini, Leoncino 800 dan Leoncino 800 Trail masih belum ditawarkan di Malaysia oleh pengedar rasmi MForce Bike Holdings.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah