Categories: Berita

Royal Alloy GP125 dan GP180 dapat warna baru

HARGA BAGI GP125 DAN GP180 KEKAL SAMA KECUALI INSURANS.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Baru-baru ini Royal Alloy telah memperkenalkan pilihan warna baharu untuk model GP125 dan GP180 bagi pasaran Malaysia.

Menurut info yang dikongsikan, GP125 kini hadir dengan pilihan warna Matte Black manakala GP180 pula mendapat warna Metal Blue.

Bagaimanapun, kemas kini untuk 2022 tidak melibatkan spesifikasi lain. Di dalam, model tersebut kekal sama seperti generasi sebelumnya yang dilancarkan pada tahun lepas.

Related Post

GP125 didatangkan dengan tanda harga yang sama iaitu RM12,497 dan GP180 berharga RM15,252.

Royal Alloy GP125 menawarkan 9.65hp @7,500rpm dan 9.2Nm @7,000rpm manakala GP180 menghasilkan 10hp @7,250rpm dan 10.6Nm @ 5,250rpm.

Walaupun ciri kedua-dua model ini adalah sama, GP180 didatangkan dengan ABS.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah