Categories: Berita

QJMotor SRT800 kini di Malaysia pada RM38,888

QJMOTOR SRT800 DAN SRT800X BAHARU 2022 KINI DILANCAR DI MALAYSIA DENGAN HARGA PADA RM39,888  UNTUK VARIAN STANDARD DAN RM42,888 BAGI VARIAN X.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Berikutan kejayaan pengenalan QJMotor SRK600 baru-baru ini, MForce Bike Holdings sambung mengembangkan jenama QJMotor di pasaran negara melalui SRT800.

QJMotor SRT800 merupakan motosikal segmen ‘adventure tourer’ yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia dengan harga bermula dari RM38,888 untuk varian standard dan RM42,888 untuk varian X.

Dikuasakan oleh enjin kembar selari DOHC 754cc, motosikal itu menawarkan 75.1hp @8,000rpm dan 67Nm @6,5000rpm dengan kuasa disalurkan ke tayar belakang melalui transmisi 6-kelajuan.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan oleh SRT800 dan SRT800X termasuk fork depan boleh laras USD, penyerap hentak belakang jenis ‘shock linkage’ boleh laras dan cakera brek depan 320mm dan belakang 260mm. Ia didatangkan dengan kaliper brek Brembo serta Sistem Brek Antikunci (ABS) dwi saluran.

Related Post

QJMotor SRT800 juga dilengkapi dengan ciri-ciri elektronik lain seperti skrin paparan TFT berwarna dan pengecas USB.

Sebagai motosikal ADV, kedua-dua varian menawarkan tangki 18.5L sambil menjanjikan tunggangan jarak jauh.

Namun, perbezaan ketara antara kedua-dua varian menyaksikan SRT800X didatangkan dengan rim depan jenis jejari 19 inci (rim aloi 17 ″ pada varian Standard), bagasi (kotak atas dan pannier) serta ketinggian tempat duduk 835mm (berbanding dengan 810mm pada Standard).

Menurut MForce, SRT800X didatangkan dengan pilihan warna Navy Blue dan Cadmium Green manakala varian standard menawarkan warna Stone Grey dan Passion Red.

Orang ramai yang berminat sudah boleh membuat tempahan di pengedar sah MForce di seluruh negara dan motosikal itu akan mula dipasarkan pada pertengahan Julai.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah