DENGAN PELANCARAN TERKINI DI VIETNAM, RAMAI MEMBUAT SPEKULASI SAMA ADA MALAYSIA AKAN MEMPERKENALKAN MODEL INI BAGI PASARAN TEMPATAN. 

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Kawasaki Ninja ZX-25R SE 2022 telah pun dilancar di Vietnam dan ia didatangkan dengan dua pilihan warna baharu.

Vietnam kini telah menyertai negara seperti Indonesia, Thailand dan Filipina dalam menawarkan model suku liter empat silinder sejak ia diperkenalkan secara global pada Julai 2020.

Namun, tiada berita setakat ini sama ada model itu akan dilancarkan di pasaran Malaysia. Tambahan pula, pengurusan Kawasaki telah pun ditukar kepada Modenas.

Related Post

Modenas, sebagai pengedar baharu, masih senyap mengenai rancangan seterusnya untuk jenama motosikal Jepun di Malaysia.

Setakat ini, Modenas telah mengenal pasti beberapa penjenamaan semula model 250cc ke 650cc. Walau bagaimanapun, tidak pasti sama ada rancangan ini melibatkan ZX-25R atau tidak.

Sementara itu, ZX-25R SE 2022 didatangkan dengan pilihan warna Twilight Blue dan Silver Fusion di Vietnam. Ini adalah tambahan kepada pilihan warna Metallic Black dan KRT Edition sedia ada.

Menurut maklumat, Kawasaki Ninja ZX-25R SE 2022 didatangkan dengan tanda harga VND 191,000,000 (RM34,900).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan