Categories: Berita

Syarikat China, Colove membangun enjin 4-silinder 400cc

SYARIKAT CHINA COLOVE AKAN MEMBAWA KEMBALI ENJIN 4-SILINDER 400CC DALAM PEMBANGUNAN TERKININYA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Suatu ketika dahulu, terutamanya pada era 80-an dan 90-an, pasaran motosikal dunia dibanjiri dengan jentera empat silinder 400cc. Pembangunan motosikal sedemikian dihentikan tidak lama kemudian selepas Kawasaki lancar ZX-25R pada Julai 2020.

Namun, pengeluar OEM di China, Colove, dilaporkan sedang membangunkan enjin empat silinder 400cc.

Apa yang lagi menarik ialah laporan di China mendakwa enjin itu lebih berkuasa berbanding platform 400cc yang terdapat pada Honda CBR400RR, Kawasaki ZXR400 dan Yamaha FZR400 yang secara purata menawarkan 60hp.

Related Post

Sebaliknya, enjin yang dibangunkan Colove ini menawarkan 74hp @13,500rpm dan 44Nm @12,000rpm.

Kuasa tinggi dicapai dengan bore yang lebih besar dan lejang yang lebih pendek (59mm x 36.5mm) dan mampu menghasilkan putaran yang lebih tinggi daripada enjin buatan Jepun sebelum.

Pembangunan platform baharu ini juga memberi gambaran bahawa terdapat beberapa model Supersports 400cc yang akan diperkenalkan di pasaran China tidak lama lagi.

Keupayaan syarikat China membangunkan enjin berkuasa 400cc 4-silinder juga secara tidak langsung membuktikan pasaran di negara itu berkembang pesat.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah