Categories: Berita

Honda C90 motosikal klasik paling popular di UK

KAJIAN BARU-BARU INI MENUNJUKKAN HONDA C90 ADALAH KLASIK KEGEMARAN UK, MENDAHULUI TRIUMPH BONNEVILLE DAN GP LAMBRETTA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Kajian terbaru yang dijalankan oleh sebuah syarikat di UK mendapati motosikal jenis Honda C90 merupakan jentera klasik paling popular di negara ini.

Loop, sebuah syarikat komunikasi automotif, menjalankan kajian itu dan menerbitkan penemuannya baru-baru ini. Mereka mendapati bahawa 271,012 motosikal klasik (motosikal berusia lebih 30 tahun) kini berada di jalan raya negara.

Related Post

Honda mendominasi jumlah itu dengan 35,894 unit motosikal. Mengekori di belakang ialah BSA dengan 28,713 unit dan Triumph (pra-1992) dengan 26,142 unit.

Menariknya, sebanyak 4,035 unit melibatkan Honda C90 sahaja. Ini mengukuhkan kedudukannya sebagai motosikal klasik paling popular di UK.

Tempat kedua milik Triumph Bonneville dengan 891 unit. Akhir sekali, menduduki tempat ketiga ialah Lambretta GP 150 dengan 659 unit masih digunakan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah