Categories: Berita

Pilihan warna baharu untuk Honda X-ADV 750 Malaysia pada RM68,899

PILIHAN SHASTA WHITE BARU MENINGKATKAN CIRI-CIRI LASAK HONDA X-ADV 750.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Boon Siew Honda (BSH) melancarkan Honda X-ADV 750 yang dikemas kini dengan pilihan warna baharu untuk 2023. Model itu boleh didapati pada harga RM68,899.

Menurut BSH, skuter ‘adventure’ itu kini hadir dengan pilihan warna Shasta White. Warna itu meningkatkan lagi ADV dan elemen lasak X-ADV 750.

Bagaimanapun, spesifikasi lain tetap sama termasuk enjin kembar selari 745cc dengan penyejuk cecair. Motosikal itu menawarkan 58hp pada 6,750rpm dan 69Nm pada 4,750rpm. Kuasa enjin disalurkan ke tayar belakang melalui transmisi DCT 6-kelajuan separa automatik (transmisi dual-clutch).

Related Post

Fungsi Throttle-by-Wire menawarkan empat mod tunggangan: Standard, Sport, Rain dan Gravel serta mod PENGGUNA yang boleh dilaraskan mengikut kesesuaian.

Motosikal itu dilengkapi dengan Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Honda Smartphone Voice Control. Ia mempunyai lampu LED dengan DRL (lampu nyalaan siang hari), penghadang angin boleh laras dan ruang simpanan 22L.

Honda X-ADV ini turut didatangkan dengan ciri premium termasuk ABS, fork depan jenis USD 41mm, swingarm Pro-Link dan Emergency Stop Signal(ESS).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah