Categories: Berita

Yamaha R15M akan dilancar tidak lama lagi?

HLYM BARU MENAMPILKAN TEASER MOTOSIKAL BARU DI LAMAN FACEBOOKNYA DAN RAMAI MEMBUAT SPEKULASI BAHAWA IA MUNGKIN YZF-R15M.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru sahaja memuat naik ‘teaser’ baharu di laman sosial rasmi beberapa hari lalu.

Walaupun ‘teaser’ 23 saat itu tidak mendedahkan sebarang bayang motosikal tersebut. Namun berdasarkan slogan ‘Yamaha MSeries’ di samping klip yang memaparkan senario di jalan raya dan litar maka dengan petunjuk itu hampir pasti merujuk kepada motosikal yang sesuai untuk ditunggang dalam kedua-dua senario.

Tidak dinafikan bahawa petunjuk yang dikongsikan juga mungkin merujuk kepada Yamaha YZF-R1M tetapi jika kita melihat kepada sejarah HLYM sebelum ini, model tersebut tidak dibawa masuk untuk pasaran tempatan.

Related Post

Jadi berdasarkan faktor itu ‘teaser’ tersebut merujuk kepada Yamaha YZF-R15M.

Tambahan pula, model ‘sports bike’ 155cc telah pun dipasarkan di India sekitar September 2021 dan kemudian di negara jiran, Indonesia pada Disember dalam tahun yang sama.

Berdasarkan model yang dilancar di India dan Indonesia, ciri-ciri menarik R15M pastinya akan memfokuskan kepada fungsi ‘traction control’ dan ‘quickshifter’ yang akan melengkapkan sistem ABS sedia ada.

Selain itu, R15M masih dikuasakan oleh enjin SOCH 155cc dengan VA yang menawarkan 18hp pada 10,000rpm dan 14.2Nm pada 7,500rpm.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah