Categories: Konsep & Kustom

Japan Legends membawa kembali semangat Kawasaki ZXR750

SYARIKAT SEPANYOL JAPAN LEGENDS MEMBAWA KEMBALI SEMANGAT KAWASAKI ZXR750 DENGAN KIT PENYESUAIAN UNTUK Z900 NAKED.

Adakah anda memiliki ataupun dalam proses membeli sebuah Kawasaki Z900? Jika anda jawab “Ya” kami mempunyai berita baik untuk anda! Syarikat Sepanyol Japan Legends membawa kembali semangat sportbike Kawasaki ZXR750 dengan kit penyesuaian bagi Z900.

Sportbike semasa tidak mempunyai kaitan dengan model lama. Kami kini mempunyai peluang untuk menunggang sportbike yang hebat. Namun, kebanyakan kami masih minat gaya serta pengalaman memiliki sebuah sportbike klasik. Pada 80 dan 90-an, pengilang-pengilang Jepun telah mereka beberapa motosikal dashyat. Salah satu contoh adalah Kawasaki ZXR750.

Jika anda memiliki Z900 naked anda boleh mengubah motosikal anda kepada ZXR baru. Japan Legends telah membangun kit fairing untuk mengubahsuai Z900 dan hasil keputusan sangat menakjubkan!

Related Post

Kit ini dipanggil ZXR900 dan direka sebagai “plug & play”. Dalam beberapa jam sahaja, anda mampu membina motosikal dalam garaj sendiri anda. Kit ZXR900 dari Japan Legends termasuk fairing depan dengan dua lampu depan LED, fairing rendah sukan, dan fairing belakang dengan penutup tempat duduk. Untuk menambah rupa istimewa, Japan Legends termasuk MRA bubble windshield dan plate holder kecil.

Japan Legends kata fairing disampaikan sudah dicat. Tetapi jika pemilik mahu, mereka boleh mengecat tangki bahan api untuk sepadan dengan skema cat dan juga roda.

Jika anda ingin menjadi yang pertama untuk memiliki kit Jepun Legends ZXR900 untuk Kawasaki Z900 anda boleh menghubungi mereka melalui e-mel info@japan-legends.com.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah