Categories: Berita

CFMoto 250SR Lava Orange 2022 kini di Malaysia pada RM16,800

CFMOTO MALAYSIA AKHIRNYA MELANCAR CFMOTO 250SR 2022 YANG KINI TIBA DALAM PILIHAN WARNA LAVA ORANGE UNTUK PASARAN TEMPATAN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Selain daripada menghasilkan warna baharu, CFMoto 250SR masih mengekalkan spesifikasi yang sama. Bahagian enjin masih dikuasakan oleh platform silinder tunggal DOHC 249.2cc dengan penyejukan cecair dan BOSCH EFI. Ia mampu menjana 27.5hp @9,750rpm dan 22Nm @7,500rpm.

Komponen premium lain turut dikekalkan termasuk lampu LED penuh, fork depan terbalik (USD), cakera brek depan 292mm dan 220mm (belakang) serta skrin paparan meter TFT. Ia juga dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci ABS.

Related Post

Motosikal itu didatangkan dalam dua mod tunggangan iaitu Sport dan Eco. CFMoto 250SR mempunyai tangki 12L dan berat 165 kilogram. Ia menjadikan model ini agak sesuai untuk kegunaan harian atau ‘ride’ pada hujung minggu.

Untuk pengetahuan anda, dua pilihan warna yang ditawarkan sebelum ini iaitu Nebula Black dan Nebula White masih ada. Sebaliknya, pilihan warna baharu, Lava Orange terhad kepada 50 unit sahaja.

CFMoto 250SR 2022 boleh didapati di pengedar rasmi CFMOTO Malaysia pada harga RM16,800. Motosikal itu dilengkapi dengan jaminan dua tahun dan jarak tempuh tanpa had.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah