TEAM HRC AKAN MENUJU KE EROPAH DAN BERHARAP UNTUK MENGEKALKAN MOMENTUM BAGI CZECH REPUBLIC MXGP.

Trio Team HRC akan kembali ke Eropah selepas pusingan beturut-turut di Indonesia. Seterunsya bagi pasukan ini adalah perlumbaan MXGP di Czech Republic. Kejohanan dunia motocross telah mencapai suku akhir ketiga musim dan pasukan ini telah menetapkan matlamat untuk hasil yang positif bagi baki perlumbaan. Tim Gasjer mempunyai objektif untuk meningkatkan kemenangannya kepada lapan berturut-turut. Penunggang Honda CRF450RW Brian Bogers mempunyai harapan tinggi untuk mencapai 10 teratas dalam kelas MXGP. Bagi kelas MX2, semua mata akan diberikan pada Calvin Vlaanderen selepas kejayaannya di Semarang dengan kemenangan podiumnya.

TIM GASJER (TEAM HRC)

“Perjalanan pulang dari Indonesia baik saja. Saya mempunyai sedikit jet lag untuk beberapa hari pertama tetapi semuanya kembali seperti biasa dengan cepat dan saya kembali ke latihan. Sudah tentu bagus untuk mempunyai cuti hujung minggu dari perlumbaan. Saya di rumah hanya berehat sedikit, tetapi pada masa yang sama, saya sangat berharap untuk berlumba di Loket. Ia adalah landasan yang bagus dan ia sentiasa mempunyai suasana yang baik dengan banyak peminat yang datang dari Slovenia. Saya sangat teruja dan mengharapkan saya boleh mempunyai beberapa perlumbaan yang baik,” kata Gasjer seperti yang dipetik dari Honda Racing.

Related Post

BRIAN BOGERS (TEAM HRC)

“Ia bagus untuk dapat berlatih di rumah beberapa minggu ini dan juga berlumba dalam pusingan kejuaraan Belanda. Pengalaman keseluruhan Indonesia adalah baik, tetapi saya tidak puas hati dengan hasil saya di Semarang jadi itu adalah peluang yang baik untuk mencuba dan memperbaiki beberapa perkara dan hanya mendapat berlumba dengan selesa sekali lagi tanpa tekanan yang begitu banyak. Kini ia adalah Loket dan ia adalah trek yang berbukit yang bukan sesuatu yang kita ada di Belanda tetapi saya gemar susun atur. Saya tidak sabar untuk berlumba di sana kerana ia adalah trek yang sangat tua dan mempunyai ramai orang yang hebat di sana.”

CALVIN VLAANDEREN (TEAM HRC)

“Saya mengambil beberapa hari rehat selepas Indonesia, hanya untuk membiasakan diri dengan perubahan zon waktu dan kerana ia merupakan perjalanan yang sukar bagi saya selepas kembali dari kecederaan. Hujung minggu ini saya memilih untuk berlumba di kejohanan Belanda kerana saya percaya berlumba adalah cara terbaik bagi saya untuk mendapatkan irama saya. Akhirnya ia menjadi agak baik. Saya mendapat kedudukan kedua secara keseluruhan dan mempunyai kelajuan yang baik. Minggu ini saya telah mendapat beberapa hari untuk menguji dengan pasukan. Ini membantu saya bersiap sedia untuk Loket. Saya sangat suka berlumba di sana dan ia adalah salah satu tempat kegemaran saya. Oleh itu, ia sepatutnya menjadi acara yang baik dan saya mahu memastikan saya mempunyai dua motosikal kuat.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan