Categories: Berita

MV Agusta mengesahkan ketibaan enjin 350 cc

CEO MV AGUSTA TIMUR SARDAROV KATA DALAM SATU TEMUJANJI BAHAWA MV AGUSTA AKAN MENGELUARKAN SATU ENJIN 350 CC UNTUK MENINGKATKAN JUALAN DI PASARAN ASIA.

MV Agusta ingin meningkatkan jualan mereka di seluruh pasaran. Tetapi pengeluar Itali ini mempunyai pandangan mereka tetap pada pasaran Asia. Malah, MV Agusta tidak mereka motosikal kapasiti kecil.

Dalam pasaran Asia, sesaran enjin yang amat popular adalah enjin saiz kecil ke sederhana. Dengan itu, CEO MV Agusta, Timur Sardarov telah kata dalam satu temunjanji bahawa mereka akan memperkenalkan satu enjin 350 cc baru kepada pasaran ini.

Jangka masa untuk enjin ini tiba bersama sportbike kapasiti kecil baru adalah 2021.

Related Post

Timur Sardarov juga kata bahawa enjin ini sudah wujud. Ia adalah enjin silinder kembar. CEO ini tidak kata jika enjin ini adalah V-kembar atau kembar selari. Tetapi kami rasa ia adalah kembar selari.

Ini adalah satu langkah lagi dalam pelan strategik MV Agusta untuk lima tahun seterusnya. Objektif mereka adalah untuk mendapat lebih jualan dan pendapatan dan seterusnya pengeluaran tahunan mencapai 25,000 unit.

Kami jangka motosikal baru ini dengan enjin 350 cc akan dipamerkan pada EICMA Milan seterusnya. Dan jika berjaya, enjin kapasiti rendah ini boleh dipasang pada lebih model seperti sport-tourer kecil atau naked.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah