Categories: Sukan Motor

MotoGP – Johann Zarco menandatangani kontrak baru dengan Ducati

PELUMBA PERANCIS MENDEDAHKAN KONTRAK BARU MELALUI FACEBOOK. JOHANN MENANDATANGAN KONTRAK DENGAN DUCATI DAN AKAN BERLUMBA BAGI PASUKAN REALE AVINTIA.

Ia telah mengambil sedikit masa tetapi kami dapat tahu pasukan Zarco akan lumba untuk. Bekas pelumba KTM dan Honda telah mengumumkan bahawa dia telah menandatangani kontrak baru dengan Ducati. Pelumba Perancis ini akan menunggang jentera Desmosedici GP19 spec-2019 bagi pasukan Reale Avintia di MotoGP.

Ia mengambil sedikit pujukan dari Ducati untuk mendapat tandatangan Zarco. Pelumba Perancis ini tidak 100% yakin bahawa ini adalah langkah terbaik. Namun tanpa sebarang jentera untuk lumba bagi 2019, Zarco tidak mempunyai banyak pilihan untuk terus berlumba di MotoGP.

Seperti yang diramal, dia akan menunggang untuk Reale Avintia. Pasukan sepanyol mengakhiri kontrak Karel Abraham beberapa hari yang lalu. Keputusan tersebut tidak mendapat sambutan yang baik dari Abraham dan ramai peminat MotoGP. Keputusan Reale Avintia dilihat sebagai satu pilihan politik dan bukan pilihan berdasarkan prestasi.

Related Post

Bagi Johann Zarco walaupun dia akan menunggang untuk pasukan satelit Ducati, orang Perancis ini menandatangani kontrak secara langsung dengan Ducati bagi tahunn 2020. Gigi Dall’lgna membuat keputusan untuk menyakinkan Zarco untuk menandatangan kontrak tersebut.

Dengan kontrak ini, Johann Zarco perlu menyesuaikan diri dengan jentera Ducati Desmosedici GP19. Dia akan menunggang prototaip Italian evolusi terkini. Dia berharap untuk mencapai 10 teratas dalam semua perlumbaan MotoGP. Pada hujung musim 2020 Zarco ingin berada dalam tujuh pelumba terbaik dalam MotoGP.

Walaupun kontrak yang ditandatangani hanya untuk musim depan, bekas pelumba KTM dan Honda berkata dia mahu berjuang untuk tempat antara pasukan Ducati Factory bagi 2021.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan