Categories: Berita

BMW Motorrad G 310 RR akan dilancar pada Julai

BMW MOTORRAD AKAN MENGEMBANGKAN PORTFOLIO KERJASAMANYA DENGAN SYARIKAT MOTOR TVS DENGAN MEMPERKENALKAN G 310 RR PADA 15 JULAI DI INDIA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

BMW G 310 RR akan sertai G 310 R dan G 310 GS yang telah berada di pasaran dunia sejak 2015.

Namun, berbanding G 310 R dan G 310 GS yang muncul sebagai mesin ‘roadster’ dan ‘touring’, G 310 RR adalah model ‘sportbike’ yang dibangunkan berasaskan TVS Apache RR 310.

Ramai yang menjangkakan G 310 RR akan hadir apatah lagi sejak TVS dan BMW bekerjasama dalam membangunkan Apache RR 310 untuk pasaran India dan global pada 2018.

Related Post

Punca kelewatan tidak dapat dikenal pasti tetapi menurut BMW Motorrad India, G 310 RR akan dilancarkan secara rasmi pada 15 Julai dengan pengedar rasmi di negara itu sudah menerima tempahan.

Sementara itu, berdasarkan beberapa teaser yang dikongsikan, BMW G 310 RR disahkan menawarkan beberapa ciri-ciri menarik termasuk sistem suspensi depan dan belakang boleh laras KYB, serta skrin paparan TFT berwarna.

Selain itu, ‘teaser’ terbaru turut mendedahkan bahawa G 310 RR bakal mendapat grafik dan warna yang diilhamkan daripada model S 1000 RR.

BMW G 310 RR dijangka akan dikuasakan oleh enjin satu silinder empat injap 313cc yang mampu menghasilkan 34hp pada 9,500rpm dan 27.3Nm pada 7,500rpm sama seperti yang ditawarkan oleh Apache RR 310.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah