Categories: Berita

Paten terbaru Benelli mendedahkan rancangan untuk TRK 702 baharu

PATEN TERBARU DI CHINA MENDEDAHKAN MAKLUMAT MENGENAI BENELLI TRK 702 YANG DIJANGKA AKAN DIDEDAHKAN PADA HUJUNG TAHUN INI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Jenama Benelli kini menjadi tumpuan semula sejak pengambilalihan syarikat China Qianjiang.

Di bawah pengurusan baharu itu, ibu pejabat dan jabatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Benelli yang terletak di Itali telah meneruskan pembangunan beberapa model baharu dengan bantuan bahagian pembuatan dan pemasangan di China.

Kolaborasi antara kedua-dua bahagian ini berjaya menghasilkan motosikal Itali mampu milik. Antara model lain yang ditawarkan termasuk motosikal ‘adventure’ TRK 502 yang telah mendapat sambutan positif. 

Sejak pengenalannya pada 2018, TRK 502 telah menjadi model paling popular dan terlaris di Itali pada 2020. Rekod tersebut kemudian dipecah pada 2021 dengan 6,543 unit dijual.

Related Post

Menjelang tahun 2023, Benelli sekali lagi akan mengambil langkah yang lebih besar dengan melancar varian TRK yang lebih besar, dikenali sebagai TRK 702.

Perkara itu didedahkan menerusi paten terbaharu yang difailkan di China oleh syarikat induk, Qianjiang.

Paten itu mendedahkan imej yang jelas bagi TRK 702. Jelas sekali bahawa paten itu menawarkan reka bentuk serba baharu berbanding TRK 502.

Menurut dokumen yang difailkan, TRK 702 akan dikuasakan oleh enjin kembar selari 693cc dengan sejukkan cecair yang serupa dengan platform CFMoto 700CL-X.

Mampu menghasilkan 75hp dan 70Nm, Benelli TRK 702 dijangka memberikan saingan sengit kepada segmen ADV mid-range.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah