Categories: Berita

Yamaha Japan pilih Malaysia untuk uji E01 baru

YAMAHA JAPAN TELAH PILIH MALAYSIA BERSAMA NEGARA ASIA LAIN TERMASUK THAILAND, INDONESIA DAN TAIWAN SEBAGAI MEDAN UJIAN YAMAHA E01.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Yamaha tidak lama lagi akan mengorak langkah ke dalam dunia motosikal elektrik bermula dengan Yamaha E01.

Yamaha Jepun telah memilih Malaysia bersama beberapa negara Asia lain termasuk Thailand, Indonesia dan Taiwan sebagai medan ujian Yamaha E01. Perancang Proof of Concept Yasushi Nomura mengesahkan perkara itu semasa sesi taklimat produk.

Yamaha Jepun sebelum ini telah mengadakan sesi ujian di Eropah dan Jepun dan akan meneruskan usaha dalam iklim Malaysia yang akan menguji ketahanan dan kekuatan Yamaha E01.

Ujian ini akan memberi tumpuan kepada jarak jalan, kaedah pengecasan dan masa yang diambil semasa pengecasan yang merupakan cabaran utama untuk mobiliti elektrik.

Related Post

Yamaha E01 hadir dengan dimensi yang hampir sama dengan model Yamaha Nmax sedia ada. Namun, ia akan menampilkan bateri lithium-ion 4.9kWh yang mampu menjana 8.1kW (10.8hp) @5,000rpm dan 30.2Nm @1,950rpm.

Sebagai skuter bandar, Yamaha E01 menawarkan jarak jalan sehingga 100km dan mampu mencapai kelajuan 100km/j.

Dengan pengecasan konvensional di rumah, ia mengambil masa 5 jam untuk mengecas bateri sehingga penuh. Sebaliknya, dengan caj pantas daripada pengedar, ia akan mengambil masa kira-kira 1 jam untuk mencapai 80 peratus. Dengan pengecas mudah alih, ia mengambil masa 14 jam sehingga ia dicas sepenuhnya.

Yamaha E01 baharu menawarkan simpanan bagasi yang mencukupi, 28L di bawah tempat duduk menjadikan skuter elektrik ini praktikal untuk kegunaan harian. Spekulasi mengatakan motosikal itu akan memulakan ujian sekitar Julai tahun ini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah