Categories: Berita

Yamaha lancar kit retro khas untuk XSR900 di Eropah

YAMAHA MENAMPILKAN KIT RETRO ISTIMEWA TERBARU UNTUK XSR900 DI EROPAH.

Langgan kepada Telegram kami untuk kemas kini segera!

Disebabkan permintaan yang semakin meningkat, Yamaha secara rasminya telah memperkenalkan kit retro khas untuk Yamaha XSR900 di Eropah.

Yamaha melancarkan dua kit tetapi kit ‘Racer’ telah mencuri tumpuan dengan tema retronya. Kit ‘Racer’ mendapat inspirasi daripada jentera perlumbaan pada tahun 70-an dan 80-an.

Menurut Yamaha, kit ‘Racer’ terdiri daripada ‘cowl lampu depan’ dan ‘cowl tempat duduk’ yang menjadikan XSR900 kelihatan seperti jentera Yamaha ikonik masa lalu.

Related Post

Tambahan pula, ‘headlight cowl’ hadapan menggunakan bahan jenis gentian kaca pada masa sama menjamin ketahanan yang lebih baik untuk jangka masa panjang.

Menurut Yamaha, kit retro itu akan tersedia dalam talian dan di pengedar rasmi Yamaha di Eropah mulai Jun ini. Dalam pada itu, Yamaha turut menawarkan aksesori tambahan termasuk ekzos Akrapovic.

Sementara itu, ‘cowl tempat duduk’ di bahagian belakang melengkapkan rupa retro XSR900.

Untuk rekod, model itu adalah motosikal gaya retro yang diperkenalkan Yamaha pada 2016 sebelum menjalani peningkatan besar pada 2022 dengan enjin CP3 890cc baharu. Enjin tersebut mampu menghasilkan 117hp dan 93Nm.

Brendan Jeremiah

Share
Published by
Brendan Jeremiah