Categories: Berita

Honda hentikan tempahan untuk 10 model atas masalah logistik

HONDA TIDAK AKAN MENERIMA TEMPAHAN UNTUK 10 MODEL BUAT SETAKAT INI KERANA ISU BEKALAN UTAMA.

Honda Rebel 1100

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Honda telah berhenti menerima tempahan baharu untuk 10 model motosikal dalam usaha mengurangkan tunggakan yang dialaminya ketika ini.

Perkara itu disahkan oleh Honda dalam satu kenyataan yang memaklumkan pihaknya berhenti menerima tempahan 10 model bermula 1 Ogos lalu.

Model yang terjejas oleh pengumuman itu termasuk Rebel 1100, Rebel 500, Rebel 250, CRF250 Rally, CRF250L, Forza, ADV 150, MSX125, Monkey 125, CT125 dan Hunter Cub.

Related Post

Menurut Honda, antara faktor utama yang memaksa pengeluar motosikal Jepun itu mengambil keputusan drastik adalah disebabkan masalah ‘semikonduktor’ ketika ini yang memberi kesan kepada logistik.

Ini bermakna negara yang mengimport motosikal Honda dari Jepun terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan motosikal masing-masing.

Kami menghubungi Boon Siew Honda dan dimaklumkan bahawa pengumuman itu tidak menjejaskan model yang dipasarkan di Malaysia kerana model CBU seperti Rebel 500, dan CRF250 Rally, yang dijual di sini dipasang di Thailand.

Model CKD, seperti ADV150, dipasang di Pulau Pinang.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah