HONDA JAPAN SHOWS OFF THE UPCOMING 2021 HONDA CBR600RR WHICH PROMISES GREATER PERFORMANCE AND HANDLING. THE OFFICIAL LAUNCH IS SET FOR LATER THIS MONTH ON THE 21ST OF AUGUST 2020.

Honda Jepun mengacah kelas motosikal supersport “mid-weight” akan datang, Honda CBR600RR 2021 sebelum debut rasminya akhir bulan ini. Pelancaran rasmi Honda CBR600RR baru ini ditetapkan pada 21 Ogos 2020. Honda mengacah para peminat dengan video pratonton di laman web rasmi mereka.

Honda mengatakan CBR600RR baru ini akan datang dengan peningkatan keseluruhan prestasi, pengendalian dan keseimbangan. Dilengkapi dengan enjin 4-sebaris, 4-stroke, DOHC, 599CC, Honda mengatakan bahawa Honda CBR600RR akan mendapat pakej elektronik dan aerodinamik terkini untuk sepadan dengan enjin. Secara keseluruhan, dengan motosikal ini, Honda menjanjikan prestasi dan pengendalian yang lebih baik di trek dan di jalan raya.

Related Post

SPESIFIKASI HONDA CBR600RR 2021

Walaupun spesifikasi penuh bagi Honda CBR600RR terhad buat sementara waktu, ini adalah beberapa perkara yang kami dapat ambil dari video acah. Video pratonton menunjuk lampu depan LED penuh, sistem ekzos jenis under-seat, roda aloi, kluster instrumen digital, kerja badan kemas kini dan pelekat HRC. Selain itu, melihat pratonton ini, Honda CBR600RR baru ini mempunyai garis merah 15,000 rpm dan mampu mencapai kelajuan maksimum 225 km/j+! Walaupun tiada angka rasmi setakat ini, kami berpendapat Honda CBR600RR 2021 baru mampu menolak lebih dari 118 bhp dan tork puncak 66 Nm. Selain itu, jika dilihat dari pratonton, kami berpendapat CBR600 baru akan mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j!

HARGA DAN KETIBAAN

Gen terkini CBR600RR berharga US$ 11,799 / MYR 49,437 dalam pasaran AS jadi kami yakin model 2021 baru akan berharga sekitar tanda harga sama atau beberapa ratusan $$$ lebih. Sudah tentu, Honda CBR600RR baru akan keluar dari Jepun. Namun, kerana CBR600RR gen terkini mendapat diskaun di beberapa pasaran, ia agak sukar untuk memberi komen bagi ketibaan motosikal ini. Walaupun Malaysia jatuh di bawah pasaran ini dan kerana Boonsiew Honda telah membawa beberapa model CBR yang lebih eksklusif seperti Honda CBR1000RR-R SP,terdapat kemungkinan tinggi Honda CBR600RR baru akan memasuki Malaysia. Manakala, kami tidak boleh memberi komen atau jaminan mengenai debut motosikal baru ini di sini.

Sumber: Honda Japan

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan