Categories: Berita

Hanya topi keledar standard ECE22.06 dibenarkan di Eropah mulai Julai

MULAI JULAI, HANYA TOPI KELEDAR YANG MEMATUHI PERUNDANGAN BAHARU AKAN DILULUSKAN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Sebagai langkah drastik dalam memastikan tahap keselamatan penunggang motosikal di jalan raya, Kesatuan Eropah hanya membenarkan penggunaan topi keledar dengan standard ECE22.06.

ECE22.06 adalah standard terkini yang diperkenalkan mulai Januari tahun ini. Semua pengeluar topi keledar yang menjual produk mereka di benua itu perlu mematuhi keperluan yang lebih ketat daripada ECE22.05 sebelum.

Ujian ECE22.06 lebih lasak dan ketat berbanding ujian ECE22.05. Terdapat lebih banyak ujian baharu yang dijalankan termasuk ujian putaran. Sudut hentaman juga kini lebih menyeluruh dan meliputi kawasan yang lebih luas.

Related Post

Menurut laporan media antarabangsa, penguatkuasaan standard ECE22.06 akan menyaksikan pengeluar topi keledar menghasilkan cangkerang yang lebih tebal, terutama yang diperbuat daripada bahan ‘polikarbonat’ (plastik).

Walaupun bahan seperti gentian kaca dan gentian karbon boleh mengekalkan tahap ketebalan yang sama, lapisan dalam polisterin pastinya akan diproses semula.

Selain itu, piawaian terkini juga akan menjejaskan harga topi keledar berkualiti dan akan menyaksikan topi keledar ECE22.06 lebih mahal berbanding ECE22.05.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah