Categories: Berita

RASMI: Aveta VZR250 Diperkenalkan – 25HP, RM14,998

AVETA VZR250 MENAWARKAN SEHINGGA 25.4HP DAN 21NM PADA ENJIN 4 LEJANG 250CC.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Jenama motosikal tempatan baharu, Aveta secara rasminya melancarkan Aveta VZR250 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan asas RM14,998.

Aveta VZR250 ialah motosikal ‘entry-level’ 250cc untuk pasaran tempatan. Kini dengan reka bentuk moden dan agresif, model itu akan bersaing dengan Kawasaki Ninja 250 dan Yamaha YZF-R25.

Untuk rekod, VZR250 menampilkan enjin DOHC satu silinder 4 lejang 250cc dengan penyejukan cecair. Ia mampu menjana 25.4hp pada 9,000rpm dan 21Nm pada 7,000rpm.

Related Post
Sumber: WAPCAR

Kuasa enjin disalurkan kepada transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan ‘slipper clutch’.

Motosikal ini turut didatangkan dengan fork teleskopik hadapan dan mempunyai berat kering 186kg. Ia mempunyai tayar 110/70-17 di depan dan 150/70-17 tayar di belakang. Motosikal ini mempunyai panel meter analog dan digital.

Brek cakera hadapan berkembar dengan angkup brek 4 omboh di hadapan dan angkup dua omboh di bahagian belakang mengawal sistem brek motosikal. Walaupun ketiadaan sistem ABS, model ini masih didatangkan dengan fungsi CBS (combine braking system).

Menurut Aveta, VZR250 ini hadir dengan tiga pilihan warna. Ini termasuk Jet Black, Fire Bird Red dan Air Force Blue.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah