Categories: Berita

Daftar Lesen Motor Percuma 2023 : Lesen Motor B2 Percuma

KERAJAAN MALAYSIA BARU-BARU INI TELAH MENGUMUMKAN INISIATIF TERBARU UNTUK MENANGGUNG KOS, ANTARANYA KATEGORI LESEN MOTOSIKAL B2.

Permohonan Lesen Motor Percuma

Bantuan Lesen Memandu 2023 untuk rakyat Malaysia diumumkan semasa pembentangan Bajet 2023 dalam usaha membantu belia B40.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan akan menanggung kos untuk lesen memandu B2. Ini kerana berdasarkan statistik penggunaan kenderaan, masih ramai rakyat Malaysia yang menggunakan kenderaan di jalan raya tanpa memiliki lesen memandu yang sah.

Inisiatif itu bertujuan bukan sahaja membantu golongan belia B40 tetapi juga meningkatkan pembangunan ekonomi negara dari aspek pengangkutan awam.

Related Post

Kerajaan bersetuju untuk menanggung kos pembayaran untuk mendapatkan lesen memandu bagi kategori berikut:

  • Lesen motosikal B2
  • Lesen teksi
  • Lesen bas
  • Lesen e-hailing

KRITERIA KELAYAKAN

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 16 tahun dan ke atas.
  • Pemohon tidak pernah mengeluarkan lesen sebelum ini
  • Pemohon sihat dari segi mental dan fizikal
  • Pemohon tidak mempunyai kecacatan
  • Nama pemohon tidak pernah disenarai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

ADAKAH KOS DITANGGUNG?

Walaupun kerajaan telah mengumumkan bahawa ia akan menanggung yuran lesen, pemohon perlu bayaran minimum untuk perkhidmatan yang berkaitan. Mereka yang layak menerima bantuan ini hanya perlu membayar RM250 daripada jumlah harga asal untuk mendapatkan lesen iaitu sekitar RM750.

Brendan Jeremiah

Share
Published by
Brendan Jeremiah