Categories: Berita

MBP C650V akan membuat debutnya di pasaran Malaysia?

MBP C650V MERUPAKAN JENTERA MODEN DENGAN GAYA RETRO DAN DIDAKWA JAUH LEBIH BERKUASA DARIPADA HARLEY-DAVIDSON.

MBP (Moto Bologna Passione) ialah jenama motosikal baharu yang ditubuhkan pada 2022 oleh Keeway Motor Group, yang juga anak syarikat QJ Motor.

MBP ialah jenama Itali kerana ia berpangkalan di Bologna, Itali tetapi dengan kilang pembuatan di China. Ini bagi memastikan harga motosikal itu lebih mampu milik.

Walaupun baru ditubuhkan, MBP sudah mempunyai pelbagai model bermula dari 125cc hingga 1002cc. Tahun lalu, MBP mencuri tumpuan dengan melancarkan motosikal cruiser iaitu MBP C650V dan C1002V serta model pengembaraan T1002V.

Pelancaran C650V mendapat perhatian kerana reka bentuknya yang agresif namun moden. Ia menampilkan elemen retro seperti Harley-Davidson.

MBP C650V tampil lebih ‘sporty’ dan agresif berbanding Harley-Davidson Iron 883. Reka bentuk tangki dipadankan dengan ‘air funnel’ di bahagian kiri dan kanan.

Related Post

C650V didatangkan dengan tayar setebal 16 inci dan dipasang dengan rim berjejari wayar. Menariknya, pakej suspensi itu menampilkan fork hadapan jenis USD dari Kayaba dan penyerap hentak belakang berkembar juga dari Kayaba.

Sistem brek terdiri daripada kaliper brek paksi (kembar) daripada Nissin yang dipadankan dengan cakera brek depan 300mm dan 240mm (tunggal) belakang. C650V ini juga dilengkapi dengan ABS dwi-saluran.

MBP C650V lebih berkuasa daripada Harley-Davidson Iron 883. Enjin V-Twin 647ccnya mampu menghasilkan 68.4hp dan 61Nm. Enjin itu dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan dan menawarkan sistem penyejukan cecair.

Ada kemungkinan C650V ini juga boleh didapati di Malaysia. MBP berkemungkinan menembusi pasaran Malaysia melalui pengedar rasmi, yang akan diumumkan kemudian.

Brendan Jeremiah

Share
Published by
Brendan Jeremiah