Categories: BeritaSukan Motor

Manuel Lettenbichler akan beraksi untuk Red Bull KTM Racing musim depan

RED BULL KTM FACTORY RACING MENANDATANGANI JUARA DUNIA MANUEL LETTENBICHLER.

Manuel Lettenbichler | Sumber gambar: KTM Factory Racing

Red Bull KTM Factory Racing baru mengumumkan tandatangan WESS Enduro World Champion 2019 Manuel Lettenbichler. Pemuda German ini akan sertai pasukan factory untuk dua tahun seterusnya.

Lettenbichler, 21 tahun, memenangi kejuaraan WESS Enduro World Champion 2019 pada pusingan terakhir di GetzenRodeo. Dia juga merupakan salah satu pesaing enduro utama di dunia. Lettenbichler mempunyai kemenangan di Red Bull Romaniacs dan keputusan podium di Extreme XL Lagares, Erzbergrodeo Red Bull Hare Scramble dan Hawkstone Park Cross-Country.

Related Post

MANUEL LETTENBICHLER

“Saya sangat teruja untuk menyertai Red Bull KTM Factory Racing untuk 2020 dan lebih lagi. Saya pernah menunggang motosikal KTM sejak permulaan saya dalam enduro tetapi untuk beraksi bersama pasukan factory adalah bab baru dalam kerjaya saya. Mereka adalah pasukan yang saya telah kagumi sejak dulu. Kami telah bekerja dengan rapat untuk dua tahun yang lalu jadi saya tahu betapa profesional mereka ialah dan saya amat gembira untuk merapatkan hubungan ini. Saya tidak sabar untuk musim depan dan tahu bahawa perlumbaan untuk mempertahankan kejuaraan saya akan menjadi sangat seronok,” kata Lettenbichler seperti dipetik dari KTM Factory Racing.

FABIO FARIOLI –  PENGURUS PASUKAN KTM ENDURO

“Kami tidak sabar untuk bekerja dengan Mani pada 2020 dan seterusnya. Apa yang dia telah capai sehingga kini dalam kerjaya mudanya amat cemerlang. Dengan usaha dan keazaman yang tidak terhenti-henti, dia berjaya untuk naik ke atas dunia enduro. Membekal kemenangan lumba dan kedudukan podium dalam semua disiplin sukan ini menunjukkan potensi dan kekuatannya sebagai pelumba lengkap. Bersama dengan semangat dan fikiran profesionalnya, saya yakin kami akan terus mencapai banyak detik yang hebat bersama.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah