ULTRAVIOLETTE DAN TVS MOTORS MENDEDAHKAN SPORTBIKE ELEKTRIK TERKINI DARI INDIA. F77 JANJI UNTUK MENJADI MENARIK DAN BERPATUTAN.

Dunia dua roda semakin berminat dengan motosikal elektrik. Pengeluar-pengeluar besar dan kecil sentiasa menunjuk projek hebat mereka. Motosikal elektrik terkini dari India direka oleh Ultraviolette.

Jenama India berganding bahu dengan TVS Motors yang dikenali untuk kerja mereka dengan BMW Motorrad. Keputusan adalah satu motosikal elektrik dengan prestasi dan tanda harga yang mengejutkan.

F77 boleh memecut dari 0-100 km/j dalam 7.5 saat. Angka itu mungkin tidak kelihatan hebat namun F77 boleh memecut ke 60 km/j hanya dalam 2.9 saat! Itu memang cukup untuk anda memotong trafik. Enjin elektrik mempunyai kuasa 37 hp dan tork dikatakan ialah 90 Nm. Pek bateri lithium ion boleh dicas hingga 100% dalam 90 minit dengan mengguna  outlet fast-charge.

Related Post

Satu lagi ciri menarik termasuk dalam sportbike elektrik ini adalah pek batteri. Para pemilik boleh mengeluarkan pek tersebut dari F77. Batteri tersebut boleh dicas di rumah. Ia sangat berguna bagi mereka yang tidak mempunyai garaj.

Ultraviolette kata F77 boleh didapati dalam tiga varian – Lightning, Shadow dan Laser – dan mereka semua mempunyai suspensi boleh laras, brek ByBre dan beberapa mod tunggang. Switchable ABS adalah standard dan juga sambungan Bluetooth dan papan pemuka warna TFT.

Harga belum diumumkan lagi tetapi menurut maklumat beberapa sumber, F77 dikatakan mempunyai tanda harga Rs 3 lakh dan 3.25 lakh (atas jalan) apabila dilancarkan pada Oktober 2020.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan