MV AGUSTA AKAN FOKUS TERHADAP PENGHASILAN MOTOSIKAL DAN SISTEM BARU UNTUK MENINGKAT JUALAN.

MV Agusta | Sumber gambar: Roadracing World

Pengeluar motosikal Itali Mv Agusta akan fokus terhadap perkembangan rangkaian pengedarnya di seluruh dunia untuk meningkat angka jualannya. Menurut Presiden MV Agusta Timur Sardarov, syarikat ini kini berusaha untuk mencapai jualan 25,000 unit dalam 5 tahun seterusnya. Untuk melakukan tersebut, mereka akan lancar sebuah motosikal adventure dan model dengan 350cc dan 950cc.

MV Agusta telah disusun semula pada 2018 apabila pemilikan Castiglioni diganti dengan Timur Sardarov, pelabur Rusia. Matlamat utama Sardarov adalah untuk meningkatkan angka jualan. Pada 2018, MV Agusta hanya menjual 3,500 unit. Selain dari produk baru, juga terdapat sistem tempahan atas talian baru.

Sumber gambar: Asphalt & Rubber

“KAPASITI SCHIRANNA (KILANG MV AGUSTA) ADALAH ANTARA 17,000 HINGGA 20,000 MOTOSIKAL SETIAP TAHUN. KINI KAMI SEDANG BEKERJA PADA 950 BARU DAN BERITA LAIN AKAN DATANG SEPERTI JENTERA ADVENTURE,” KATA SARDAROV SEPERTI DIPETIK DARI RIDERS DRIVE MAG.

“Perkongsian kami dengan Loncin adalah sama seperti apa yang KTM ada dengan Bajaj atau BMW dengan TWS”.

Related Post

Sumber gambar: MS Blog

“Bagi kami, pasaran 350 sangat penting hari ini kecuali bagi KTM Duke, segmen ini tidak menawar apa-apa selain dari penjimatan kos. Kami ingin menghasil motosikal cantik yang direka oleh MV Agusta tetapi dihasilkan di Asia. Tiada sesiapa yang akan buat anjakan seperti ini di Eropah,” beliau menambah.

“Kami tidak menjadi orang Cina, tidak ada pemegang saham Cina. Mereka adalah satu-satunya pembekal. Loncin adalah sama yang membuat banyak enjin untuk BMW dan 400 skuter mereka, antara yang terbaik dalam segmen itu. Kami mempunyai kawalan penuh terhadap rantaian bekalan: kami yang menunjukkan syarikat mana yang hendak digunakan. Kami akan membuat 350 silinder kembar dengan falsafah yang sama dengan semua enjin kami.”

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan