NCT MOTORCYCLES TELAH MENGUBAH DUCATI 848 EVO INI KEPADA SATU JENTERA VINTAJ DAN KAFE RACER KLASIK.

Ducati 848 Evo | Sumber gambar: Pipeburn

iMotorbike kembali lagi dengan lebih motosikal kustom and konsep untuk memenuhi citarasa anda. Kali ini kami akan lihat Ducati 848 Evo kustom oleh NCT Motorcycles Austria. Bengkel Austria ini telah mengubah and mengambil jentera kafe ini ke langkah seterusnya untuk menjadikannya sebagai ultimate racer.

NCT Motorcycles berpusat di Eastern Alps. Pada musim panas, keadaan jalan raya sempurna untuk motosikal jalan. David Widmann dan pasukannya sebelum ini bekerja pada Ducati 750SS 1990. Pasukan ini sekali lagi memberi sentuhan luar biasa mereka pada 848 dengan beberapa tandatangan elemen.

Sumber gambar: Pipeburn

Sumber gambar: Pipeburn

Menurut Pipeburn, 848 ini mempunyai kejayaan terhad dalam arena perlumbaan. Namun demikian, enjin motosikal ini kongsi beberapa bahagian besar dengan motosikal dominan WSBK 1098. NCT membuka bahagian-bahagian motosikal hingga rangkanya dan mula kerja dari situ. Pertama, mereka kerja dengan saiz subframe dan memutuskan untuk memberi gaya kafe.

Related Post

NCT memberi sesuatu luar biasa dengan Ducati ini dengan memberikannya skema warna hijau olive. Hijau olive bukan rupa biasa yang dikaitkan dengan Ducati, seperti merah. Walaupun begitu, hijau memberi motosikal ini sentuhan yang agak vintaj. Ia lihat lebih baik dengan pelana kulit dan tweed.

“KAMI SETUJU BAHAWA WARNA INI LUAR BIASA DAN AMAT SESUAI DENGAN GAYA KESELURUHAN BULLET INI,” KATA DAVID SEPERTI DIPETIK DARI PIPEBURN.

Sumber gambar: Pipeburn

Sumber gambar: Pipeburn

NCT kemudian memberi salutan serbuk pada rangka dengan gloss hitam supaya kerja badan lebih menonjol. Hanya tangki minyak tidak diubah. Pasukan kemudian menambah bahagian belakang baru yang direka bentuk dari aluminium dalam gaya kafe racer tradisional. Mereka mengguna gentian karbon untuk penutup sisi, rear hugger, dan front guard. Berat keseluruhan motosikal ini diturunkan.

Dari segi prestasi, ia mempunyai enjin maju 848 yang mampu menjana 140hp. NCT juga memuatkan motosikal ini dengan tayar Pirelli Supercorsa SC2s. Roda aloi ringan telah diberi salutan serbuk hitam supaya padan dengan rangka.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan