LIHATLAH BARISAN SUPER CUB HONDA DENGAN PENUKARAN ENJIN EMPAT SEBARIS 250CC DAN BANYAK LAGI DARI JEPUN.

Jika anda baru di sini, anda perlu tahu kami adalah peminat besar Honda Cub. Kami mempunyai siri mingguan khas untuk Honda Cub – iM Cubaholic. iM Cubaholic iMotorbike meliputi semua tentang barisan terkenal Honda Cub jadi jika anda juga merupakan peminat Honda Cub, jangan lupa untuk baca tentangnya.

Kami pasti anda sudah lihat pelbagai Cub kustom; tetapi pernahkah anda lihat Honda Super Cub dengan enjin empat-sebaris? Anehnya, kami menemui bukan hanya satu tetapi beberapa motosikal Honda Super Cub dengan pelbagai pemindahan enjin; dari pertukaran empat-sebaris 250cc empat-lejang hingga 2-lejang 250cc!

Ini adalah satu kebiasaan di Jepun kerana terdapat pelbagai Honda Super Cub di Jepun dengan pertukaran enjin seperti ini. Trend ini semakin hangat di Jepun dan kebanyakan orang telah memberi nama kepada Cub ini , “Cub Gila”. Selain daripada enjin, bahagian lain seperti elektronik, swingarm, komponen-komponen suspensi, brek dan roda juga ditukar.

CUB GILA JEPUN

Kami mula dengan “Cub Gila” pertama dengan penukaran enjin empat-sebaris 250cc CBR250RR. Melihat motosikal ini, beberapa bahagian telah diambil dari motosikal penderma. Jika anda tidak teruja, lihat video di bawah.

Honda Super Cub dengan enjin embat sebaris 250cc CBR250RR
Honda Super Cub dengan enjin embat sebaris 250cc CBR250RR

Related Post

Cub gila kedua mempunyai penukaran enjin empat-sebaris 250cc juga. Tetapi kali ini pula, pemilik mengguna enjin dari Kawsaki ZXR250.

Honda Super Cub dengan enjin embat sebaris 250cc ZXR250
Honda Super Cub dengan enjin embat sebaris 250cc ZXR250

Jika anda peminat motosikal dua lejang, ini adalah untuk anda. Cub gila ketiga ini mempunyai penukaran enjin dua lejang. Menurut sumber, Super Cub ini mempunyai enjin dua lejang 250cc dari Honda NSR250R. Menarik kan?

Terdapat banyak binaan Super Cub unik seperti ini di Jepun. Suka kandungan seperti ini? Pastikan untuk mengikuti kami untuk kandungan yang lebih unik!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan